Huruf kecil dan huruf besar

c 0 672° °a ‘Mm,  Mu‘. “m            .m            arm , ,‘, «.. .n

4        U-. ,~        u‘»

U. ,. r“ / «rink N‘        â€™, ‘Q ‘< Muuhm          â€™

      <v“L 0'6 4r-nag,  Mualum “hm.  Nu'. If“ 4v°C 0     -

'1

Huruf Besar

  1. Digunakan untuk kata nama khas nama (khusus untuk nama orang, tempat, malaikat, tumbuhan, haiwan dll)
  • Contoh: Ahmad (orang)

Kedah (tempat)

Jibril (malaikat)

Bunga Raya (tumbuhan)

Si Comel (haiwan)

  1. Digunakan pada huruf pertama awal ayat dan huruf pertama dalam ayat yang menyusuli ayat lain (selepas tanda noktah)
  • Contoh: Saya ada kucing. Kucing saya comel
  1. Digunakan untuk gelaran, atau jawatan seseorang tetapi diikuti dengan nama penyandang tersebut
  • Contoh: Dato’ Abdullah bin Ahmad
  1. Digunakan pada huruf pertama nama bangsa, suku bangsa, etnik, dan suku bahasa
  • Contoh: Melayu, Cina, India
  1. Digunakan pada huruf pertama nama atau judul buku, majalah, akhbar, dan karangan atau artikel.
  • Contoh: Antologi Kasut Kelopak Jantung

Huruf Kecil

  1. Digunakan untuk kata nama am
  • Contoh: ayam, baju
  1. Huruf pertama perkataan yang berasal daripada nama betul
  • Contoh: kemelayuan, kearaban
  1. Kecilkan huruf perkataan yang berasal daripada nama khas tetapi tidak lagi bergantung padanya dari segi makna
  • Contoh: laksa penang, mee bandung
  1. Kata sendi atau kata hubung yang disebut dalam sesuatu tajuk/judul buku, cerita, karangan
  • Contoh: Panduan Revisi untuk Sukses
  1. Nama am bangsa mengikut warna kulit
  • Contoh: orang putih, orang hitam, bangsa kulit putih

 

JOM MAIN

https://www.jigsawplanet.com/?rc=play&pid=0b39cf5d62c5

https://www.jigsawplanet.com/?rc=play&pid=0bf19836365d

 

RUJUKAN

http://itaujang.blogspot.com/2011/04/penggunaan-huruf-besar-dan-huruf-kecil.html

http://tatabahasamelayumudah.blogspot.com/2015/11/penggunaan-huruf-kecil-kata-nama-am.html